Thursday, 25 April 2013

Brother ;)



Aku ada sorang kawan, dia lagi muda dari aku. Aku tak kesah la sial orang nak cakap aku apa kawan dengan budak budak. Fuck off la weh. Meskipun baru belasan, tapi fikiran dia macam orang dewasa la. I've known him since 2006. Masa tu aku darjah 6. Aku main game counterstrike dengan dia. Selalu juga kitaorang main masa 2006. Dia mula teruk sejak aku form 2. Aku dengar dia hisap gam, merompak, pecah rumah sini sana, curi motor. Mula mula aku terkejut juga. Berapa kali ulang alik balai, tak serik serik. Yela, nak salahkan dia tak boleh juga. Seriously, dia ni kekurangan kasih sayang. Parents dah bercerai. Kakak sibuk dengan hidup dia. Abang abang dia dah besar panjang sibuk dengan kerja. Dia? Mak dia mana ambil tahu pasal dia, sekolahkan pun tak. Budak ni mana sekolah since habis darjah 6. Ic pun takda tau, dah 17 dah umur dia, Ic pun takda lagi. Yang mak dia ambil tahu, bila dia buat jahat jela, abang abang dia rembat kaw kaw punya. Aku pernah tengok. Family dia bodoh, taktau yang sebenarnya diorang yang salah, mana nak ambil peduli pasal budak ni lagi. Tidur rumah tak tidur pun tak tahu, family jenis apa? Fuck. Aku kesian dengan dia. Semua orang nak salahkan dia, dia ni walaupun macam ni, tapi baik sebenarnya. Orang keliling dah cop dia jahat, nak pukul la, no! Its wrong! Aku cerita la k, ada satu hari tu, aku kerja kat kedai makan, dia ni main basikal sambil hisap gam. Aku pun habiskan basuh pinggan, pastu terus pergi kat dia. Aku grip leher dia terus, sambil jatuh basikal yang dia bawak tu, aku grip, aku heret dia sampai bawah bukit dekat dengan surau. Dia nak lepas grip aku siku dada aku, pastu aku pun bagi la satu das kat kepala dia, kitaorang gaduh, last last, dia bersuara, dia cakap " apahal dengan kau, aku ada cari pasal ke? Tiba tiba nak grip leher aku ". Pastu aku cakap " pahal? Kau hisap gam pahal? Aku dah suruh kau berhenti kan? " Dia cakap " takboleh cakap elok elok ke? ". Aku cakap " dah berapa kali aku suruh berenti, aku cakap elokelok kan? Weh, kau ingat aku anggap kau sapa pukimak? Aku anggap kau macam adik aku tau, sumpah macam adik aku, senang ke aku tengok kau hisap babi ni, kalau aku tak anggap kau macam adik aku, aku buat bodoh je, sumpah aku cakap, kalau kau nak terus macam ni, aku buat bodoh je, malas dah aku nak cakap dah ". Pastu aku blah, masa aku jalan, masa aku jalan dia panggil aku. Dia cakap " sorry la weh. aku taknak hilang kau doh. kau kawan dengan aku dah lama". Pastu dia salam, aku peluk dia. Maybe korang anggap aku tipu kan? Tapi benda ni aku cerita betul. Berkaca juga aku malam tu. Budak tu kena ada orang nasihat, bukan terus pukul bila buat jahat. Tak betul tu. Ya ALLAH, berilah hidayah kepada rakan baikku ini, sesungguhnya hatinya masih mahu berbuat kebaikan. Semenjak tu, aku dah tak dengar budak ni hisap gam lagi.

No comments:

Post a Comment